Isnin, 1 September 2014

PROTON DENGAN WAJAH BARU ( TERKINI )



Proton lancar imej 'teaser' PCC di laman mikro

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan imej 'teaser' bagi model terbaharunya dengan nama gelaran PCC di laman mikro baharu mereka, betulbetulonz.com.my.

Laman mikro berkenaan memaparkan imej reka bentuk lampu hadapan dan unit skrin sesentuh selain beberapa lagi imej menunjukkan ruang dalam kenderaan itu yang dilengkapi beg udara pada bahagian hadapan dan sisinya.

Sebelum ini, Proton telah memaparkan imej lampu hadapan PCC di dalam iklan Hari Raya Proton 2014. Sementara itu, laman blog Paultan.org turut memaparkan imej penuh Proton PCC berwarna hijau. Baru-baru ini, Proton mendedahkan PCC dikuasakan dengan enjin baharu VVT 1.3 liter dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik.

LELAKI HINA PDRM GOYANG , MOHON MAAF DI TWITTER





SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber (PCIRC) Polis Diraja Malaysia untuk mengesan dua pengguna Twitter yang telah mengungkapkan kata-kata biadap terhadap polis.